Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pesara pilih seni decoupage tambah pendapatan

    MELAKA,11 OGOS – Minat yang mendalam terhadap seni ‘decoupage’ sejak lebih 30 tahun lepas akhirnya dapat direalisasikan sebagai salah satu sumber pendapatan buat pesara, Saedah Jeragan, 63, yang kini aktif dalam industri seni kreatif itu kira-kira empat tahun lepas.

    Saedah yang menghasilkan pelbagai produk kraf menggunakan tisu khas yang diimport dari Jerman itu berkata produk seni ‘decoupage’ kini mendapat permintaan yang tinggi dan sesuai dijadikan sebagai cenderamata dan barangan perhiasan rumah yang terdiri daripada mangkuk tingkat, tudung saji, kotak tisu dan botol air dan beg.

    Usahawan kecil dan sederhana yang menggunakan platform Facebook dan Instagram di bawah nama ‘tiaraartcraft’ itu berkata seni ‘decoupage’ adalah teknik gunting dan tampal (lekat) menggunakan tisu pelbagai corak dan warna pada pelbagai permukaan seperti plastik, kain, besi, kayu dan porselin.

    “Saya memang minat pada seni ‘decoupage’ ini sejak muda namun disebabkan komitmen pada keluarga dan juga kerja hakiki sebagai penjawat awam, hasrat untuk serius dalam bidang kraf terpaksa saya lupakan.

    “Namun Alhamdulillah selepas bersara empat tahun lepas, saya tidak berlengah lagi untuk serius menghasilkan pelbagai produk kraf dan secara tidak langsung dapat menambah pendapatan selain mengisi masa lapang dan mengembangkan bakat serta kreativiti seni dalam diri saya ini,” katanya ketika ditemui Bernama pada Kembara RIUH Keluarga Malaysia Edisi Ketiga: RIUH NAU! di Dataran Pahlawan baru-baru ini.

    Ibu kepada empat anak itu berkata seni ‘decoupage’ juga boleh dijadikan salah satu terapi buat dirinya selain meningkatkan fokus kerana penghasilan produk menggunakan teknik seni itu memerlukan ketelitian bagi mendapatkan hasil yang cantik dan sempurna. – Bernama

    Saedah Jeragan semasa menunjukkan kraf decoupagenya di Dataran Pahlawan baru-baru ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...