Saturday, January 28, 2023
23.2 C
Brunei

-

PESATU adakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 14 Julai – Persatuan Saudara-saudara Baru Daerah Tutong (PESATU) dengan kerjasama Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong telah mengadakan Majlis Ramah Mesra Hari Raya Aidilfitri dan Meraikan Warga Emas Ahli PESATU di Bangunan PESATU, Jalan Kampung Lubok Pulau, Tutong, pagi tadi.

Pada majlis tersebut, seramai 10 orang warga emas telah menerima cenderahati daripada PESATU dan Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong. Mereka ialah Awang Mohd Husaini bin Abdullah, Awang Khairul Anuar bin Haji Abdul Malik, Awang Jalil bin Abdullah, Awang Muhammad Abdul Rashid bin Abdullah, Hajah Normah binti Haji Saferi, Dayang Aishah binti Haji Abdul Malik, Dayang Norhayati binti Mohd Tamin, Dayang Siti Asinah binti Abdullah, Dayang Siti Norinah binti Abdullah Ambun dan Dayang Hamidah binti Mohd Tamin.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan cenderahati pagi tadi ialah Pegawai Tugas-tugas Khas Kanan, Jabatan Daerah Tutong, Haji Hairul Rizal bin Haji Yahya.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian cenderahati kepada tujuh orang guru sebagai memberikan penghargaan dan jasa-jasa guru-guru yang tidak jemu memberikan ilmu kepada ahli PESATU.

Tetamu kehormat bergambar bersama warga emas PESATU dan guru-guru yang diraikan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.
Tetamu kehormat bergambar bersama warga emas PESATU dan guru-guru yang diraikan sempena Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Penyampaian cenderahati kepada guru-guru itu telah disampaikan oleh Ketua Unit Dakwah Daerah Tutong, Awang Alizan bin Haji Ramle.

Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Selamat yang dipimpin oleh Awang Abdul Rahman bin Haji Abdul Rashid sebelum para hadirin meraikan Hari Raya Aidilfitri dengan menikmati jamuan.

Adapun tujuan tersebut diadakan adalah bagi meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama bagi meraikan saudara-saudara baru dan meraikan jasa guru-guru yang terlibat serta mengingati warga emas PESATU.

Majlis juga juga diadakan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara saudara-saudara baru bersama para pegawai dari Pejabat Unit Dakwah Daerah Tutong dalam sama-sama menyebarkan agama Islam.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S sokong hantar bantuan kepada Korea U

SEOUL, 27 JAN – Kerajaan Korea Selatan hari ini berkata bahawa ia akan membantu usaha orang awam untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada Korea Utara...
- Advertisment -