MOSCOW, 19 JULAI – Pesawat Boeing 777 Air India, dalam perjalanan dari Delhi ke
San Francisco, melakukan pendaratan cemas di Krasnoyarsk kelmarin disebabkan penggera kebakaran dalam kabin kargo.
Menurut media Rusia, RIA Novosti, pesawat itu mendarat dengan selamat. Seramai 225 penumpang dan 19 kru penerbangan berada di dalam kapal namun tiada kecederaan dilaporkan.
RIA Novosti berkata penggera itu diaktifkan sekitar 18:30 waktu Moscow kelmarin ketika pesawat itu sedang dalam penerbangan pada ketinggian kira-kira 11 kilometer.
Kapten pesawat segera memutuskan untuk melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Krasnoyarsk.
Agensi Pengangkutan Udara Persekutuan Rusia, Rosaviatsiya berkata di platform Telegram bahawa tiada tanda-tanda kebakaran atau asap ditemui. – Xinhua


