SYDNEY, 25 Jun – Penerbangan AirAsia ke Malaysia terpaksa berpatah balik ke Australia hari ini disebabkan masalah teknikal dengan seorang penumpang mengatakan pesawat udara ‘menggegar seperti mesin pembasuh pakaian’.
Airbus A330 dari Perth ke Kuala Lumpur itu mengalami masalah kira-kira 90 minit dalam penerbangan.
Ia mendarat selamat dengan Lapangan Terbang Perth melaporkan ‘isu teknikal’.
“Juruterbangnya yang telah me-ngenal pasti isu teknikal dan kemu-dian berpatah balik,” seorang juru-cakap lapangan terbang memberitahu AFP, dengan menambah kata bahawa krew-krew kecemasan diletakkan dalam bersiap sedia tetapi tidak diperlukan.
Sistem penerbangan tambang murah Malaysia itu mengatakan hanya berkata ‘krew penerbangan mengambil langkah awal berjaga-jaga untuk memeriksa pesawat udara.”
Ini adalah ketakutan kedua melibatkan Airbus A330 di Australia pada bulan ini, dengan pesawat udara China Eastern membuat pendaratan cemas di Sydney selepas lubang besar muncul pada salah satu bingkai enjinnya.
Para penumpang yang ketakutan pada penerbangan itu menceritakan tentang bunyi sangat kuat tidak lama selepas ia berlepas dari Sydney menuju Shanghai. Tidak sesiapa pun tercedera.
Surat khabar West Australian memetik para penumpang dalam penerbangan hari ini sebagai berkata bahawa mereka terdengar bunyi dentuman dan kemudian pesawat mula bergegar.
“Boleh dilihat dari reaksi krew kabin bahawa ia sangat teruk,” kata Sophie Nicolas yang berkata dia terdengar letupan kecil dari sayap kiri. “Ia menakutkan.” – AFP