Saturday, July 26, 2025
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat AN-24 terhempas di Wilayah Amur, tiada mangsa dipercayai selamat

    BLAGOVESHCHENSK, 24 JULAI – Pesawat AN-24 yang terhempas di Wilayah Amur, Rusia, dilaporkan terbakar semasa dalam fasa mendarat dan tiada mangsa terselamat dikesan semasa tinjauan udara di lokasi kejadian, menurut Pusat Pertahanan Awam dan Keselamatan Kebakaran wilayah itu kepada agensi berita rusia (TASS).

    “Menurut pengarah Lapangan Terbang Tynda, pesawat itu terbakar sejurus impak dan kru helikopter Mi-8 yang menjalankan tinjauan udara melaporkan tiada tanda mangsa terselamat,” menurut kenyataan itu.

    Pesawat berkenaan membawa 46 orang, termasuk dua kanak-kanak dan enam kru.

    Sumber dalam perkhidmatan kecemasan memberitahu TASS bahawa kesilapan kru sedang dipertimbangkan sebagai kemungkinan besar punca nahas.

    “Sebagai satu senario yang berpotensi, kesilapan kru sedang dipertimbangkan, dengan pesawat dipercayai melanggar lereng bukit semasa mendarat dalam keadaan penglihatan yang terhad. Kemungkinan lain juga akan dipertimbangkan,” kata sumber itu.

    Pesawat milik Angara Airlines yang berpangkalan di Irkutsk itu dalam penerbangan dari Khabarovsk ke Tynda melalui Blagoveshchensk apabila dilaporkan terputus hubungan kira-kira 1 tengah hari tadi.

    Ketika cuba mendarat di Lapangan Terbang Tynda, pesawat itu melakukan cubaan mendarat kali kedua sebelum hubu-ngan dengannya terputus. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda