Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat AS terbang di Korea U

    WASHINGTON, 24 Sept – Jet-jet pejuang pengiring dan pengebom AS terbang di ruang udara pantai Korea Utara hari ini dalam menunjukkan kekuatan terhadap program senjata nuklear Korea Utara, menambah lagi ketegangan yang meningkat.

    Sementara itu Menteri Luar negara pertapa itu mengejek-ejek Donald Trump sebagai ‘tidak siuman’ di PBB, dan Presiden AS membidas balik melalui Twitter dengan ancaman-ancaman baru.

    Berbalas-balas pertengkaran retorik terbaru itu muncul apabila kecemasan antarabangsa meningkat berhubung dengan cita-cita senjata Pyongyang – termasuklah pendapat pada minggu ini bahawa negara itu bercadang meletakkan bom-H di ruang Pasifik.

    Jet-jet pengebom AS telah melancarkan penerbangan serupa sebelum ini, ketika AS dan masyarakat antarabangsa berusaha mengekang program senjata Korea Utara.

    Namun dalam peringkat baru bagi operasi menunjukkan kekuatan, Pentagon menegaskan penerbangan ini adalah penerbangan lebih jauh di utara Zon Bebas Tentera Korea Utara (DMZ) antara kedua-dua negara Korea yang pernah lakukan oleh mana-mana jet pejuang atau pesawat pengebom AS di ruang udara pantai Korea Utara pada abad ini.

    Pesawat Udara AS, B-1B Lancer, berkhidmat bagi Skuadron Bom Ekspedisi ke-37, telah dikerahkan dari Pangkalan Pasukan Udara Ellsworth, S.D., bersiap sedia untuk berlepas dari Andersen AFB, Guam pada 23 September. – AP

    Jurucakap wanita Pentagon Dana White berkata “Misi itu adalah demonstrasi keazaman dan mesej jelas AS bahawa presiden mempunyai banyak pilihan ketenteraan untuk menumpaskan sebarang ancaman.”

    “Kami bersedia untuk menggunakan kemampuan ketenteraan sepenuhnya untuk mempertahankan tanah air AS dan sekutu-sekutu kami.”

    Jet-jet pengebom B-1B Angkatan Udara yang melakukan penerbangan semalam berpangkalan di Guam dan diiringi oleh jet-jet pejuang pengiring F-15C Eagle dari Okinawa, Jepun, menurut White. Ia terbang di ruang udara perairan antarabangsa di pantai timur Korea Utara.

    Terdapat alasan lain kebimbangan selepas bunyi deram derum di bawah tanah didengari berhampiran tapak ujian nuklear Korea Utara. China pada mulanya mengatakan ia mensyaki satu letupan.

    Namun kemudian ditolak oleh pemerhati tegahan ujian nuklear dan pakar-pakar lain bahawa ia adalah gempa bumi berukuran 3.5 magnitud dan mungkin kejutan lanjur dari ujian nuklear terbaru negara pertapa itu pada 3 September lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda