Wednesday, February 5, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat AS terhempas

    ISTANBUL, 12 NOV – Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) terhempas di timur Laut Mediterranean, kata US European Command (USEUCOM), kelmarin.
     
    USEUCOM berkata pesawat yang menjalankan aktiviti latihan itu terhempas pada Jumaat malam, lapor agensi Anadolu.
     
    “Bagi menghormati keluarga mangsa, kami tidak akan mengeluarkan maklumat lanjut mengenai kakitangan yang terlibat buat masa ini,” katanya.
     
    USEUCOM berkata pihaknya sedang menyiasat punca nahas itu.
     
    Sejak konflik di Semenanjung Gaza tercetus, tentera AS melakukan penempatan intensif di Mediterranean, termasuk dua kapal pengangkut pesawat dan memulakan latihan di rantau itu. – Bernama
     
    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda