DUBAI, EMIRIAH ARAB BERSATU, 10 JULAI – Kementerian Pertahanan Qatar berkata dua pesawat perang telah bertembung semasa misi latihan.
Kementerian tidak mendedahkan jenis pesawat udara yang terlibat dalam perlanggaran hari ini, namun berkata juruterbangnya selamat selepas melentingkan diri.
Qatar adalah rumah kepada Pangkalan Udara Al-Udeid, yang menempatkan ibu pejabat Pusat Kawalan AS dan ribuan askar Amerika. Leftenan Kolonel Christine D. Millette dari Pusat Kawalan Pasukan Udara AS berkata para pegawai Amerika ‘maklum tentang perlanggaran udara itu, namun kami diminta untuk tidak memberikan kenyataan buat masa ini.” – AP