Tuesday, November 19, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat elektrik catat penerbangan pertama

    TASIK MOSES, WASHINGTON, 28 SEPT – Prototaip kapal terbang elektrik mengadakan penerbangan pertama pagi semalam di tengah negeri Washington.

    Akhbar The Seattle Times melaporkan sekiranya Pentadbiran Penerbangan Persekutuan mengesahkan kapal terbang kecil itu membawa penumpang, ia mungkin menjadi kapal terbang komersial elektrik pertama yang berbuat demikian.

    Pesawat kecil itu, dibina oleh firma baharu Eviation, dijangka membawa sembilan penumpang dan dua juruterbang. Ia berlepas dari Tasik Moses, Washington pada 7:10 pagi semalam, dan mendarat lapan minit kemudian.

    Matlamat syarikat adalah membuktikan bahawa kapal terbang elektrik berupaya digunakan sebagai pesawat udara penumpang yang terbang pada altitud 4,572 meter.

    Kapal terbang itu, dibangunkan oleh jurutera di negeri Washington dan Israel, menggunakan 21,5000 sel bateri kecil Tesla. – AP

    Alice, kapal terbang elektrik yang dibina oleh Eviation, berlepas dari Tasik Moses, Washington untuk penerbangan pertama pada 27 September 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda