Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat elektrik pertama diuji di Norway

    OSLO, 5 SEPT – Sebuah pesawat elektrik terbang ke udara antara lapangan terbang Norway Stavanger dan Bergen kelmarin, mensimulasikan penerbangan kargo buat kali pertama, umum pengendali syarikat penerbangan Norway, Avinor.

    Pesawat kecil itu sebuah Alia yang dibina oleh pengeluar pesawat Amerika Syarikat, Beta terbang sejauh 160 kilometer (km) dalam ujian yang dijalankan oleh syarikat sekutu Norway bagi syarikat pengangkutan Bristow.

    Penerbangan itu mengambil masa 55 minit dan mensimulasikan laluan penerbangan kargo di tenggara Norway.

    “Ini adalah kali pertama pesawat elektrik mengambil laluan perdagangan antara Stavanger dan Bergen,” kata salah seorang Pengarah Avinor, Karianne Helland Strand, kepada AFP.

    “Semuanya berjalan dengan lancar,” tambahnya. Avinor merupakan syarikat milik kerajaan yang mengendalikan lapangan terbang dan kawalan trafik udara di Norway.

    Gambar Envato

    Penerbangan ujian menggunakan visual dan bukannya instrumen adalah sebahagian daripada penilaian sejauh mana ia boleh disepadukan ke dalam trafik udara dan infrastruktur di darat.

    Pihak berkuasa kawal selia Norway mempunyai kaitan rapat dengan ujian untuk memastikan penerbangan elektrik boleh dilancarkan secara komersial sebaik sahaja teknologi itu siap, dijangka antara 2028 dan 2030.

    Tempoh ujian bermula pada Ogos dan akan berlangsung sehingga Januari 2026.

    “Ia seperti ujian dunia sebenar yang pertama,” kata juruterbang Jeremy Degagne kepada AFP.

    Jangka hayat bateri pesawat itu membolehkan perjalanan sehingga 400km cukup untuk penerbangan pergi balik antara Stavanger dan Bergen. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda