Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Pesawat India lakukan pendaratan cemas di Karachi

    NEW DELHI, 17 JULAI – Sebuah pesawat India yang dalam penerbangan dari Sharjah, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menuju ke selatan India melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Jinnah, Karachi, hari ini.

    Ini kejadian kedua yang berlaku dalam bulan ini membabitkan pesawat penumpang India melakukan pendaratan cemas di Pakistan akibat masalah teknikal.

    “Penerbangan IndiGo 6E-1406 dari Sharjah ke Hyderabad itu telah dilencongkan ke Karachi. Juruterbang mendapati ada masalah teknikal. Untuk mematuhi prosedur ditetapkan dan sebagai langkah berjaga-jaga pesawat itu dilencongkan ke Karachi,” menurut kenyataan media IndiGo.

    Menurut Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Pakistan (PCAA), A320 selamat mendarat pada 2:14 pagi waktu tempatan dan 186 penumpang dilaporkan selamat. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...