Saturday, November 16, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat IndiGo alami ‘tail strike’

    NEW DELHI, 16 JUN – Perkhidmatan sebuah pesawat penumpang syarikat penerbangan swasta IndiGo digantung semalam selepas ia mengalami masalah ‘tail strike’ ketika mendarat di sebuah lapangan terbang di negeri Gujarat di barat India, kata pegawai, lapor Xinhua.

    Menurut pegawai, semasa pendaratan penerbangan dari Bengaluru itu, bahagian ekor pesawat bergeser dengan landasan di lapangan terbang di bandar Ahmedabad.

    IndiGo mengesahkan kejadian itu dan mengarahkan siasatan terhadap perkara itu. – Bernama

    Perkhidmatan sebuah pesawat penumpang syarikat penerbangan swasta IndiGo digantung semalam selepas ia mengalami masalah ‘tail strike’ ketika mendarat di sebuah lapangan terbang di negeri Gujarat di barat India. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda