Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat ke Beijing disambung selepas 5 bulan

    BEIJING, 3 SEPT – Penerbangan antarabangsa pertama dalam masa lebih lima bulan mendarat di bandar China hari ini bersama para penumpang disambut oleh kakitangan lapangan terbang dalam sut hazmat penuh ketika tegahan ke atas ketibaan warga asing di Beijing telah dilonggarkan.

    Pihak berkuasa penerbangan Cina membenarkan ketibaan di Beijing di bawah peraturan keselamatan ketat COVID-19 dari Thailand, Kemboja, Pakistan, Greece, Denmark, Austria, Sweden dan Kanada – negara yang dianggap berisiko rendah bagi jangkitan rentas sempadan.

    Rakaman dari penyiaran kerajaan CCTV menunjukkan pesawat Air China bergerak perlahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Beijing selepas berlepas dari bandar Kemboja, Phnom Penh.

    Penumpang turun dengan memakai penutup mulut dan hidung dan mengheret bagasi – beberapa daripadanya memakai sut penuh perlindungan – sebelum melintasi para pegawai kastam dan polis yang memakai pelindung wajah dan alat pelindung.

    Mereka yang tiba di China perlu menunjukkan ujian negatif koronavirus sebelum berlepas dan tertakluk kuarantin semasa ketibaan 14 hari dengan dua lagi ujian, kata pegawai minggu ini. – AFP

    Gambar fail 30 Januari menunjukkan para penumpang memakai penutup mulut dan hidung beratur bagi penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Bandar Beijing di Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda