JAKARTA, 23 JUN – Sebuah pesawat kecil yang membawa empat penumpang dan dua anak kapal terhempas di kawasan pergunungan di daerah Yalimo, Papua, lapor media tempatan, hari ini.
Pasukan mencari dan menyelamat berjaya mengesan lokasi nahas secara fizikal pada 4 petang waktu Indonesia barat.
Bagaimanapun, tiada maklumat mengenai mangsa yang terkorban kerana pihak berkuasa tempatan akan memulakan proses pemindahan esok.
Pesawat Karavan Cessna 208 berlepas dari Lapangan Terbang Elelim di Wilayah Papua pada 10:53 pagi dan sepatutnya tiba di Poik pada 11:06 pagi. – Bernama