THE HAGUE, 29 DIS – Penerbangan KLM KL1204 dari Oslo ke Amsterdam terpaksa melakukan pendaratan cemas di Norway pada malam kelmarin, dengan semua penumpang dan kru dilaporkan selamat, menurut syarikat penerbangan Belanda hari ini, lapor Xinhua.
Jurucakap KLM memaklumkan kepada media tempatan bahawa bunyi ‘dentuman kuat’ kedengaran di dalam kabin sejurus selepas pesawat berlepas.
Sebagai langkah berjaga-jaga, juruterbang melencongkan pesawat ke Lapangan Terbang Torp Sandefjord, kira-kira 150 kilometer di selatan Oslo.
Pesawat mendarat dengan selamat namun tergelincir dari landasan pada kelajuan rendah sebelum berhenti di kawasan berumput di tepi landasan.
Polis Norway mengesahkan bahawa pesawat itu membawa 176 penumpang dan enam kru, semuanya berjaya dipindahkan dengan selamat. – Bernama