Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat latihan tergelincir di LTAM, juruterbang cedera ringan

    MELAKA, 7 OGOS – Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan insiden membabitkan sebuah pesawat latihan ringan jenis Piper PA-28-181 dengan nombor pendaftaran 9M-SKR yang tergelincir ketika mendarat di Lapangan Terbang Melaka (LTAM) hari ini.

    Dalam kenyataan, CAAM memaklumkan bahawa pesawat yang dikendalikan oleh Malaysian Flying Academy Sdn. Bhd. (MFA) itu terbabit dalam kejadian kira-kira pukul 2:55 petang.

    “Pesawat berkenaan yang sedang melakukan penerbangan latihan telah mendarat sebelum tergelincir dari landasan.

    “Juruterbang yang terlibat mengalami kecederaan ringan dan kini sedang menerima rawatan perubatan. Kerja-kerja pengalihan pesawat serta pemeriksaan menyeluruh landasan telah dilaksanakan bagi memastikan keselamatan operasi di lapangan terbang itu,” menurut kenyataan tersebut.

    CAAM turut memaklumkan siasatan keselamatan akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia, selaras dengan Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda