JAKARTA, 26 JAN – Sebuah pesawat syarikat penerbangan tambang rendah Indonesia Lion Air merempuh ‘boarding bridge’ sebelum ia berlepas dari lapangan terbang di wilayah Papua hari ini, menurut syarikat penerbangan itu.
Tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Mopah di daerah Merauke, kata jurucakap Lion Air Danang Prihantoro.
“Berdasarkan pemeriksaan kami, sayap pesawat itu bersentuhan dengan boarding bridge,” kata Prihantoro.
Pesawat yang membawa 129 penumpang itu dalam perjalanan menuju ke ibu kota wilayah Jayapura. Penumpang kemudian diberi pilihan untuk menukar pesawat lain atau menerima bayaran balik, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa). – Bernama