Monday, September 23, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat mendarat cemas gara-gara tikus dalam hidangan

    OSLO, 22 SEPT – Sebuah penerbangan Scandinavian Airlines (SAS) dari Oslo ke Malaga terpaksa membuat pendaratan tidak dijadualkan di Copenhagen selepas seekor tikus ditemui dalam hidangan seorang penumpang, kata syarikat itu, baru-baru ini.

    Kejadian berlaku semasa penerbangan ke destinasi berkenaan, di mana haiwan tersebut ditemui dalam makanan yang dihidangkan kepada penumpang, menyebabkan kru penerbangan membuat keputusan untuk mendarat kecemasan.

    Kehadiran tikus di dalam pesawat adalah amat dilarang kerana haiwan itu boleh mengunyah kabel elektrik yang penting untuk operasi pesawat.

    “Percaya atau tidak, seorang wanita di sebelah saya… membuka makanannya dan seekor tikus melompat keluar,” tulis seorang penumpang, Jarle Borrestad, di laman Facebooknya, disertakan dengan gambar yang menunjukkan dia tersenyum bersama dua wanita lain.

    Jurucakap SAS, Oystein Schmidt, memaklumkan AFP bahawa “mengikut prosedur kami, terdapat pertukaran pesawat” dan penumpang kemudiannya diterbangkan ke Malaga dengan penerbangan lain.

    “Kejadian ini berlaku sangat jarang sekali,” katanya, sambil menambah bahawa prosedur telah dilaksanakan termasuk menyemak semula dengan pembekal untuk memastikan insiden serupa tidak berulang. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda