Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Pesawat mendarat di taman Honolulu?

    HONOLULU, 17 APRIL – Sebuah pesawat kecil mendarat di taman Honolulu kelmarin tetapi dua orang yang berada di dalamnya tidak mengalami kecederaan, kata pegawai.

    Pesawat itu ‘kehilangan kuasa dan mendarat dengan selamat’ di Taman Kapiolani, di tengah-tengah tapak pelancong, Waikiki, kata jurucakap bandar Honolulu, Scott Humber.

    Jabatan Perkhidmatan Kecemasan Honolulu telah menerima panggilan mengenai pesawat itu kira-kira jam 3 petang kelmarin. Jurucakap Jabatan, Shayne Enright berkata pihak kecemasan mendapati tiada sesiapa yang cedera apabila pesawat itu mendarat berhampiran Waikiki Shell, sebuah amfiteater di taman seluas 80.93 hektar.

    Jurulatih untuk Kelab Bola Sepak Leahi, Millie Dydasco, sedang bersiap sedia untuk ketibaan tiga pasukan bagi sesi latihan apabila pesawat itu meluncur kira-kira 20 kaki di hadapannya. “Ia adalah pendaratan yang agak lancar, dan tidak terhempas,” katanya.

    Dia melihat seorang lelaki dan wanita keluar, dan kemudian berpelukan antara satu sama lain.

    Ratusan kanak-kanak biasanya mengadakan latihan bola sepak di taman itu setiap hari. “Syukurlah pada masa itu, ia masih kosong,” kata Dydasco. – AP

    Pegawai polis berdiri berhampiran sebuah pesawat kecil yang mendarat di Taman Kapiolani di Honolulu pada 16 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...