Friday, March 14, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat pengebom Rusia, China anjur rondaan bersama di Pasifik

    MOSCOW, 30 NOV – Pengebom strategik Rusia dan China hari ini melakukan rondaan bersama di Pasifik barat sebagai mengiktiraf hubungan pertahanan yang kukuh antara kedua-dua negara.

    Kementerian Pertahanan Rusia berkata, pesawat pengebom Tu-95 tentera udara Rusia dan pesawat H-6K China terbang di atas Laut Jepun dan Laut China Timur semasa misi yang mengambil masa lapan jam.

    Sebagai sebahagian daripada latihan, pesawat pengebom Rusia buat kali pertama mendarat di China dan pesawat pengebom China terbang ke pangkalan udara di Rusia, kata kementerian itu dalam satu kenyataan.

    Ia menyatakan bahawa rondaan bersama tidak disasarkan terhadap mana-mana negara lain.

    Latihan tersebut berikutan beberapa siri latihan bersama yang bertujuan untuk mempamerkan kerjasama ketenteraan yang semakin meningkat antara Moscow dan Beijing ketika kedua-dua negara menghadapi ketegangan dengan Amerika Syarikat. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda