Saturday, November 16, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat penumpang alami kebakaran enjin selamat mendarat di New Zealand

    NEW ZEALAND, 17 JUN – Sebuah pesawat penumpang mendarat dengan selamat di sebuah lapangan terbang di New Zealand kelmarin selepas kebakaran mematikan salah satu enjinnya, kata perkhidmatan bomba negara itu.

    Pesawat Virgin Australia, Boeing 737-800 yang menuju ke Melbourne, Australia, mendarat di bandar Invercargill di New Zealand selepas kebakaran memaksa pesawat itu mengubah haluan.

    Trak bomba menyambut pesawat itu ketika ia tiba di Invercargill kira-kira 50 minit selepas berlepas dari Queenstown, kata penyelia syif untuk Bomba dan Kecemasan New Zealand, Lynn Crosson.

    Punca kebakaran enjin dan jumlah penumpang di dalam pesawat itu belum diketahui serta-merta, kata jurucakap Lapangan Terbang Queenstown, Catherine Nind.

    Virgin Australia berkata dalam satu kenyataan melalui e-mel bahawa insiden itu mungkin disebabkan oleh “kemungkinan pesawat terkena burung.”

    Queenstown, dengan populasi 53,000, merupakan destinasi pelancongan yang popular di Pulau Selatan New Zealand, terkenal dengan aktiviti ski, pelancongan pengembaraan dan pergunungan alpine. – AP

    Gambar hiasan. – Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda