Sunday, July 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat Qantas rosak, langgar jambatan udara di Brisbane

    SYDNEY, 19 JUN – Sebuah pesawat milik syarikat penerbangan Qantas mengalami kerosakan selepas melanggar jambatan udara atau aerobridge di Lapangan Terbang Antarabangsa Brisbane pada petang kelmarin, lapor agensi berita Xinhua.

    Menurut Brisbane Times, Penerbangan QF186 dari Queenstown, New Zealand melanggar jambatan udara itu berlaku kira-kira jam 6:40 petang, sejurus selepas mendarat.

    Foto yang disiarkan akhbar itu menunjukkan cermin hadapan pesawat jenis Boeing 737-800 retak akibat insiden berkenaan.

    Tiada kecederaan dilaporkan dan semua penumpang turun dari pesawat menggunakan tangga.

    Jurucakap Qantas turut memaklumkan siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian.

    “Pesawat itu akan diperiksa oleh jurutera di Brisbane dan dibaiki sebelum kembali beroperasi,” katanya.

    Perkara itu merupakan insiden kedua melibatkan jambatan udara di Lapangan Terbang Brisbane dalam tempoh kurang sebulan.

    Pada 22 Mei, pesawat Air New Zealand, Penerbangan NZ146 yang mengalami kerosakan pada badan pesawat selepas bersentuhan dengan jambatan udara semasa berundur dari pintu pelepasan, menyebabkan penerbangan ke Auckland dibatalkan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda