Thursday, February 6, 2025
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat ringan terhempas, 3 maut

    WASHINGTON, 31 JULAI – Tiga penumpang maut selepas pesawat ringan yang dinaiki terhempas di sebuah hangar di California, Amerika Syarikat (AS), lapor Sputnik memetik CBS News.

    Menurut pihak pengurusan penerbangan persekutuan AS, pesawat Beechcraft P35 itu terhempas pada pagi Ahad di Lapangan Terbang Cable di Upland sejurus selepas berlepas.

    Nahas itu menyebabkan hangar mengalami sedikit kerosakan.

    Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian. – Bernama

    Gambar NBC News
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda