RIYADH, 8 Jan – Pesawat kerajaan campuran Saudi terhempas di bahagian utara Saada, Yaman tetapi para juruterbang berjaya diselamatkan, menurut media tempatan.
Pesawat itu terhempas kerana masalah teknikal dan dua juruterbang diselamatkan selepas operasi pencarian dan menyelamat telah dijalankan, laporan TV Al Akhbariya semalam.
Tentara udara kerajaan campuran telah melancarkan pengawasan dan serangan udara ke atas kawasan yang dikuasai pemberontak Houthi sebagai salah satu cara untuk memerangi Yaman yang bermula pada 2015.
Agensi berita Saba yang dikuasai Houthi melaporkan bahawa serangan udara itu telah menembak jatuh pesawat tempur dari kerajaan campuran Saudi, tanpa memberi maklumat selanjutnya.
Peperangan di Yaman telah mengorbankan ratusan orang awam akibat daripada serangan udara dan pertempuran antara kumpulan bersenjata Yaman. – Xinhua