Saturday, December 21, 2024
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat Southwest Airlines terkena tembakan ketika berlepas

    WASHINGTON, 17 NOV -Sebuah pesawat Southwest Airlines terkena tembakan ketika berlepas dari lapangan terbang di bandar Dallas Amerika Syarikat (AS), Jumaat lalu, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA).

    Pesawat tersebut “kembali dengan selamat ke terminal di Dallas Love Field selepas peluru dipercayai mengenai sisi kanan pesawat, tepat di bawah dek penerbangan,” menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan tersebut.

    Kejadian berlaku ketika kru pesawat sedang bersiap untuk berlepas, tambahnya. Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dan pesawat tersebut telah dikeluarkan daripada perkhidmatan, kata Southwest Airlines.

    Insiden itu berlaku kira-kira 8:30 malam, ketika penerbangan itu mahu berlepas dari Dallas, Texas, ke Indianapolis, Indiana.

    FAA menyatakan bahawa pesawat Southwest Airlines tersebut sedang melakukan pergerakan untuk berlepas apabila ia “dilaporkan terkena tembakan berhampiran kokpit.”

    Pesawat tersebut kemudiannya kembali ke pintu gerbang dan penumpang telah dibenarkan turun dari Boeing 737-800 tersebut, kata FAA dalam satu kenyataan. – AFP

    Gambar fail Boeing 737-700 Southwest Airlines ketika hendak mendarat di Lapangan Terbang Nasional Ronald Reagan Washington di Arlington Virginia, pada 11 Ogos 2023. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda