LOS ANGELES, 13 FEB – Sebuah pesawat tentera terhempas di Teluk San Diego kelmarin, lapor Xinhua memetik Jabatan Bomba dan Penyelamat San Diego.
Menurut Jabatan Polis Pelabuhan San Diego, dua juruterbang berkenaan berjaya diselamatkan selepas jet pejuang itu terhempas ke dalam air di kawasan Shelter Island.
Jurucakap Tentera Laut Amerika Syarikat memaklumkan bahawa anak kapal berjaya melenting keluar dari pesawat sebelum diselamatkan pihak berkuasa dan dibawa ke hospital. – Bernama/Xinhua
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2025/02/5-Pesawat_f.jpg)