Wednesday, July 16, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat tentera bawa enam penumpang hilang di Rusia

    MOSCOW, 22 SEPT – Sebuah pesawat udara tentera Rusia An-26 yang membawa enam penumpang hilang hari ini berhampiran bandar Timur Jauh Khabarovsk, kata kementerian kecemasan.

    Kementerian berkata pada pukul 6:45 waktu tempatan, ia dimaklumkan bahawa sebuah pesawat udara An-26 telah hilang dari radar 38 kilometer dari lapangan terbang Khabarovsk.

    “Menurut data awal, terdapat enam orang dalam pesawat,” tambah kementerian di saluran Telegram.

    Kementerian berkata sebuah helikopter telah dihantar untuk mencari pesawat itu.

    Bagaimanapun, usaha mencari bertambah rumit menjelang malam dan ‘keadaan cuaca yang buruk’ di Khabarovsk, menurut kementerian. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda