Friday, February 21, 2025
22 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat tentera laut AS lakukan pendaratan cemas

    MANILA, 16 FEB – Sebuah pesawat Tentera Laut Amerika Syarikat (AS) melakukan pendaratan cemas di sebuah pulau kecil di luar wilayah Quezon, timur Manila kerana masalah enjin, kata polis tempatan hari ini, lapor Xinhua.

    Menurut polis, pesawat itu terpaksa mendarat di Pulau Balesin pada tengah hari kelmarin selepas dilaporkan mengalami kerosakan enjin.

    Semua individu di dalam pesawat itu dalam keadaan selamat, kata polis.

    Sebanyak dua pesawat Tentera Laut AS dari pangkalan tentera di Subic di pantai barat Pulau Luzon, telah diterbangkan ke pulau berkenaan untuk membawa juruteknik bagi membaiki pesawat yang mengalami masalah itu, menurut laporan media tempatan hari ini.

    Kedutaan AS masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai insiden berkenaan. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda