
WASHINGTON, 24 Sept – Jet-jet pejuang pengiring dan pengebom AS terbang di ruang udara pantai Korea Utara hari ini dalam menunjukkan kekuatan terhadap program senjata nuklear Korea Utara, menambah lagi ketegangan yang meningkat.
Sementara itu Menteri Luar negara pertapa itu mengejek-ejek Donald Trump sebagai ‘tidak siuman’ di PBB, dan Presiden AS membidas balik melalui Twitter dengan ancaman-ancaman baru.
Berbalas-balas retorik terbaru yang suka bertikai itu muncul apabila kecemasan antarabangsa meningkat berhubung dengan cita-cita senjata Pyongyang – termasuklah pendapat pada minggu ini bahawa negara itu bercadang meletakkan bom-H di ruang Pasifik.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)