Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat terbelah dua semasa pendaratan cemas

    SAN JOSE, 8 APRIL – Sebuah pesawat kargo membawa mel dan bungkusan tergelincir daripada landasan dan terbelah dua semasa pendaratan cemas di Costa Rica, kelmarin, menyebabkan penutupan sementara lapangan terbang antarabangsa di San Jose.

    Asap muncul daripada pesawat berwarna kuning milik syarikat gergasi logistik Jerman, DHL, ketika ia berhenti, selepas tergelincir daripada landasan.

    Dua kru yang berada di dalam kapal “dalam keadaan baik,” kata ketua bomba Costa Rica, Hector Chaves. Namun begitu, kru warganegara Guatemala telah dihantar ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga ‘untuk pemeriksaan kesihatan’, menurut petugas Palang Merah, Guido Vasquez. – AFP

    Pesawat kargo DHL yang terbelah selepas melakukan pendaratan cemas pada kejadian yang berlaku di lapangan terbang antarabangsa San Jose, Costa Rica, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda