Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat terbesar China bakal dilancar

    BEIJING, 6 Feb – Pesawat penumpang pertama China C919 dijangka akan melancarkan penerbangan sulungnya pada separuh pertama 2017, People’s Daily melaporkan hari ini.

    Syarikat Penerbangan Komersial China (COMAC), pemaju syarikat penerbangan yang berpangkalan di Shanghai, telah hampir menyiapkan pemasangan sistem di atas kapal serta ujian integrasi utama statik dan sistem, tatkala ia sudah mula dibina pada 2 November 2015.

    Ujian statik menyerupai tekanan penerbangan pada pesawat.

    “Kami telah menguji keseluruhan pesawat, komponen utama dan menyambung bahagian-bahagian,” kata Li Qiang, seorang pakar di Pusat Penyelidikan dan Rekabentuk COMAC.

    Gambar fail pada 2 November 2015 menunjukkan pesawat C919 didedahkan di hangar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di Shanghai, China. – AP
    Gambar fail pada 2 November 2015 menunjukkan pesawat C919 didedahkan di hangar berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Pudong di Shanghai, China. – AP

    C919, dengan lebih daripada 150 kerusi dengan standard jarak 4,075 kilometer, dijangka bersaing dengan Airbus 320 terkini dan Boeing generasi baru 737, yang kini menguasai pasaran.

    Pada akhir tahun 2016, 21 pelanggan telah membuat pesanan lebih daripada 500 pesawat C919 dan COMAC menjangka dapat menjual sekurang-kurangnya 2,000.

    Pesawat pertama China serantau komersial, ARJ21, mula beroperasi secara komersial pada Jun 2016. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda