Wednesday, April 2, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat terhempas di kawasan perumahan Minnesota

    LOS ANGELES, 30 MAC – Sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan perumahan di Minnesota, Amerika Syarikat (AS) kelmarin, menyebabkan sebuah rumah terbakar, lapor Xinhua memetik kenyataan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) AS.

    Pesawat jenis SOCATA TBM7 itu dilaporkan terhempas di sebuah rumah sekitar 12:20 tengah hari waktu tempatan, menurut agensi itu.

    “Pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Des Moines di Iowa dan dilaporkan menuju ke Lapangan Terbang Anoka County-Blaine di Minneapolis,” kata FAA, sambil menambah bahawa jumlah penumpang di dalam pesawat masih belum dapat dipastikan.

    Media tempatan, memetik Jabatan Bomba Brooklyn Park melaporkan bahawa tiada mangsa terselamat dalam kejadian itu.

    Saksi memberitahu stesen televisyen KARE 11 bahawa nahas pesawat itu mencetuskan kebakaran di sebuah rumah di Brooklyn Park.

    Pasukan bomba memaklumkan dalam sidang media bahawa tiada penghuni berada di dalam rumah ketika kebakaran berlaku. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda