Thursday, March 6, 2025
23.5 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Pesawat terhempas di Malaysia, sekurang-kurangnya 9 mayat ditemui

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 17 OGOS – Sebuah pesawat kecil terhempas di pinggir bandar di Selangor, Malaysia hari ini, dengan sekurang-kurangnya sembilan mayat ditemui, kata polis.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohamad Iqbal Ibrahim mengesahkan sebuah pesawat telah terhempas. Beliau berkata, nampaknya semua penumpang dalam pesawat itu telah terkorban tetapi tidak dapat memberikan butiran lanjut.

Seorang lagi pegawai polis, yang enggan dinamakan kerana tidak diberi kuasa untuk bercakap kepada media, berkata bahawa sekurang-kurangnya sembilan mayat telah ditemui.

Pihak berkuasa penerbangan awam berkata, terdapat enam penumpang dan dua krew di dalam pesawat itu. Portal berita dalam talian Malay Mail memetik saksi mata sebagai berkata, pesawat itu meletup sejurus impak, dengan beberapa serpihan akibat kemalangan itu mengenai sebuah motosikal.

          The New Straits Times, sebuah akhbar berbahasa Inggeris, berkata dalam laman webnya bahawa pesawat itu dipercayai dalam perjalanan dari pulau peranginan utara Langkawi ke lapangan terbang Subang di Selangor apabila dipercayai mengalami masalah dan terhempas ke lebuh raya.

Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan api dan kepulan asap hitam naik dari lokasi nahas di halaman berumput di tepi lebuh raya utama di Shah Alam. Sebahagian jalan kelihatan dilitupi jelaga tebal. Anggota polis dan bomba telah dikerahkan ke tempat kejadian. – AP

 

Anggota bomba dan penyelamat memeriksa lokasi nahas sebuah pesawat kecil di Shah Alam, Malaysia, kelmarin. – AP

 

- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda