Friday, October 18, 2024
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat terhempas di pusat beli-belah

    TEXAS, 24 NOV – Seorang juruterbang maut apabila pesawat kecil yang diterbangkannya terhempas dan terbakar di pintu depan pusat beli-belah di Texas, menurut laporan kejadian yang dikeluarkan Rabu lalu.

    Polis Plano pada Rabu lalu mengenal pasti juruterbang pesawat tunggal Mooney M20 sebagai Elzie Monroe McDonald, 87 tahun, dari Arizona, seperti yang dilaporkan oleh The Dallas Morning News.

    McDonald adalah satu-satunya orang di dalam pesawat ketika kejadian berlaku pada hari Selasa lalu.

    Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan masih menyiasat kemalangan tersebut.

    Tetapi laporan kejadian Pentadbiran Penerbangan Awam menyatakan bahawa McDonald cuba mengelak daripada mendarat sebelum mengalami kemalangan.

    Gambar dari tempat kejadian menunjukkan serpihan pesawat itu berada di tempat letak kereta bersebelahan dengan sebuah salun kuku dan kedai makan di luar pusat beli-belah di pinggir bandar Dallas, Plano.

    Kemalangan itu menyebabkan sebuah kereta yang diletakkan di tempat kejadian terbakar. Tiada sesiapa di dalam kenderaan itu, dan tiada orang yang cedera, kata pihak berkuasa. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda