Sabtu, 22 November 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pesawat terhempas: Dua mayat dibawa ke HTAR, Klang

    KAPAR, 13 FEB – Dua mayat mangsa nahas pesawat ringan model BK160 Gabriel yang terhempas di Kampung Tok Muda petang tadi dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk proses bedah siasat.

    Mangsa terdiri daripada juruterbang Daniel Yee Hsiang Khoon, 30 dan Roshaan Singh Raina, 42, dibawa keluar secara berasingan menggunakan dua trak polis kira-kira pukul 8:10 malam tadi.

    Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan kedua-dua mangsa maut dalam kejadian yang berlaku itu.

    Beliau berkata kedua-dua mangsa dipercayai terbenam bersama bahagian kokpit pesawat sedalam lebih dua meter, di kawasan ladang kelapa sawit dalam kejadian yang dilaporkan pada 1:45 tengah hari tadi.

    Selain itu, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengesahkan sebuah pesawat ringan yang terhempas itu melibatkan dua mangsa.

    Pesawat dikendalikan Air Adventure Flying Club itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang pada pukul 1:28 tengah hari bagi penerbangan rekreasi. – Bernama

    Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membawa keluar mayat salah seorang daripada dua mangsa tersebut di Kampung Tok Muda. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda