KUALA LUMPUR, 3 APRIL – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) hari ini melakukan penerbangan membawa peralatan perubatan dan kesihatan ke Sarawak serta Sabah untuk kegunaan kumpulan barisan hadapan dalam mendepani wabak COVID-19. TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan pesawat pengangkut A400M itu membawa 100 unit kotak perlindungan, spesimen klinikal tambahan kepada fasiliti Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta peralatan