Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Pesawat udara Syria mendarat lepas serangan Israel

    DAMSYIK, SYRIA, 21 JUN — Sebuah pesawat udara oleh syarikat penerbangan swasta Syria, Cham Wings telah mendarat kelmarin di lapangan terbang yang digunakan oleh tentera Rusia di wilayah pantai Latakia di barat Syria, lapor agensi berita negara itu.

    Penerbangan dari bandar Sharjah di Emiriah Arab Bersatu itu adalah yang pertama mendarat di pangkalan udara tersebut sejak lapangan terbang Damsyik rosak akibat serangan udara Israel pada awal bulan ini.

    Ia juga merupakan penerbangan antarabangsa Syria pertama mendarat di kemudahan itu sejak Rusia mengambil alihnya selepas menyertai perang di Syria pada September 2015, sekali gus membantu mengurangkan keseimbangan kuasa yang memihak kepada tentera Presiden Syria Bashar Assad.

    Lapangan Terbang Antarabangsa Bassel al-Assad yang juga dikenali oleh Rusia sebagai pangkalan Hmeimeem telah berkhidmat untuk Latakia iaitu pelabuhan utama Syria di Mediterranean.

    Serangan udara Israel pada 10 Jun lalu yang menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Damsyik menyebabkan kerosakan besar pada infrastruktur dan landasan serta menyebabkan landasan utama tidak dapat digunakan. Kerja-kerja pembaikan masih diteruskan. Sejak itu, penerbangan kebanyakannya dialihkan ke lapangan terbang antarabangsa di bandar utara Aleppo, bandar terbesar Syria yang pernah menjadi pusat komersial utamanya. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...