Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    PESEBAR terus berusaha bariga sejarah Brunei

    Oleh Sim Y. H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Persatuan Sejarah Brunei (PESEBAR) dalam beberapa tahun kebelakangan ini telah berusaha menjayakan projek-projek untuk membarigakan sejarah Brunei melalui persidangan, lawatan dan seminar sama ada di dalam dan luar negara.

    Di samping itu, PESEBAR juga berjaya menerbitkan lima buah buku selain daripada buku yang baru dilancarkan, Kesultanan Brunei dari Pelbagai Perspektif di mana antara lain buku berkenaan adalah mengenai sejarah jaminan sekuriti negara, perbandingan sejarah sistem pentadbiran Brunei dan Aceh, sejarah kebakaran di Kampong Ayer, sejarah institusi penghulu dan ketua kampung serta sejarah pendidikan kesihatan dan perumahan.

    Perkara itu dinyatakan oleh Naib Yang Di-Pertua PESEBAR, Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos selaku pemangku yang di-pertua semasa Majlis Mesyuarat Agung PESEBAR ke-9 yang berlangsung di Dewan Jawatan Dalam, Pusat Sejarah Brunei (PSB), hari ini.

    Beliau seterusnya berkata bahawa usaha-usaha untuk membantu masyarakat semasa musibah pandemik COVID-19 juga telah diadakan di mana ahli-ahli PESEBAR dan orang ramai turut menyumbang derma yang diserahkan kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 2021.

    “Walaupun pergerakan PESEBAR menghadapi cabaran untuk bergerak semasa pandemik tersebut, PESEBAR akan sentiasa bergerak maju di mana jumlah keseluruhan ahli adalah seramai 465 orang setakat ini,” katanya.

    Haji Mohd Rozan ketika menyampaikan ucapan alu-aluan semasa Majlis Mesyuarat Agung PESEBAR ke-9 di Dewan Jawatan Dalam, PSB, kelmarin. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda