Oleh Azlan
BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Peserta Brunei memenangi perlumbaan perahu kawalan jauh RC Meligai di Sibu, Sarawak, yang berlangsung dua hari bermula 28 Disember lalu di Tasek Permai.
Awang Sahruni bin Haji Sahdan memenangi kategori Tunnel terbuka enjin tempatan, manakala Awang Mohd Azizi Kamal merangkul kategori Mono terbuka enjin import.
Manakala itu, Awang Sahrin bin Haji Sahdan meraih tempat teratas dalam kategori Tunnel terbuka enjin import dan Awang Muaz Muzlim berjaya dalam kategori Terbuka Hull/ terbuka enjin. Mereka membawa pulang trofi dan wang tunai.
Kejohanan ini disertai oleh para peserta dari Semenanjung Malaysia, Sabah, Miri, Kapit, Bintulu, Kuching, Kanowit, Bintagor dan Sibu.
Beberapa kategori yang dipertandingkan ialah Catamaran, terbuka enjin tempatan; Mono, terbuka enjin tempatan; Mono, terbuka enjin import; Catamaran, terbuka enjin import; Rigger / Hydro, terbuka import enjin; terbuka hull/terbuka enjin; EP A , mono and tunnel, 4 cell dan kebawah dan juga EP B – WL915 bot sahaja, 4 cell dan kebawah.