Oleh Salawati Haji Yahya –
BANDAR SERI BEGAWAN, 9 SEPT – Tiga peserta dari Brunei Darussalam telah mengambil bahagian dalam siri akhir dunia Ultra Trail yang berprestij dan terbesar di Hoka UTMB Mont Blanc di Chamonix, Perancis bermula 26 Ogos hingga 1 September lalu.
Penyertaan tiga wakil negara ke cabaran tersebut berjaya menamatkan perlumbaan walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran.
Peserta dari Brunei terdiri daripada Zainal Azim bin Haji Zainal Abidin dan Joan Sing Ngah HII, masing-masing menyertai dalam kategori OCC 57KM dengan Climb 3500m, sementara kategori UTMB 176KM Climb 9900m pula disertai oleh Wen Ren Lee.
