Peserta kursus mualaf dirai

Oleh Daniel Lim

KUALA BELAIT, 21 Jan – Seramai 18 orang mualaf wanita telah berjaya menamatkan Kursus Bimbingan Asas Mualaf dan menerima sijil masing-masing pada majlis yang berlangsung di Dewan Serba Guna Pejabat Unit Dakwah Daerah Belait, hari ini.

Hadir bagi menyem-purnakan penyampaian sijil kepada para peserta ialah Ketua Bahagian Khidmat Nasihat Keluarga, Pejabat Hal Ehwal Ugama Daerah Belait, Dayang Rohhaslinda binti Haji Yahya, juga selaku tetamu kehormat, dengan dialu-alukan oleh Penolong Ketua Unit Dakwah Daerah Belait, Hajah Salimah binti Haji Hassan.

Kursus bimbingan yang berjalan selama 14 hari bermula 6 Februari itu telah dimuatkan dengan beberapa pengetahuan tentang tauhid, iqra, ibadat, hafalan, praktikal dan sebagainya.

Sementara itu, Dayang Rohana binti Join, Dayang NurAriana Batrisya binti Muhammad Andra dan Dayang Rosnani binti Muhammad Abdul Rashid menjadi antara tiga peserta terbaik sepanjang mengikuti kursus berkenaan dan menerima plak yang disampaikan oleh tetamu kehormat pada majlis tersebut.

Tetamu kehormat menyampaikan plak kepada salah seorang peserta terbaik kursus tersebut.
Tetamu kehormat bergambar ramai bersama para peserta yang menamatkan Kursus Bimbingan Asas Mualaf.