Saturday, December 21, 2024
25.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peserta kursus taklim terima sijil

    Oleh Yusrin Junaidi

    TUTONG, 2 Mei – Untuk meningkatkan kefahaman, mengulangkaji pengetahuan yang sedia ada, agar ianya dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian serta menghayati ajaran Islam dengan penuh keyakinan, Pusat Dakwah Islamiah (PDI), melalui Bahagian Penyebaran Dakwah (Kursus) telah mengadakan Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Kursus Ta’lim bagi Daerah Tutong pada pagi tadi.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut, yang diadakan di Bilik Mesyuarat, Sekolah Ugama Pengiran Anak Puteri Norain, ialah Penolong Pengarah PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Abdul Aziz bin Haji Abdul Kahar.

    Kursus tersebut telah diadakan sebanyak dua kali iaitu Himpunan Bimbingan Sembahyang pada 18 hingga 21 Februari 2019 dan Fiqh Al-Munakahat pada 29 April hingga 2 Mei ini, di mana seramai 26 orang dari Persatuan Wanita Daerah Tutong telah mengikuti kursus-kursus berkenaan.

    Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk membantu meningkatkan pengetahuan ajaran Islam kepada Persatuan Wanita Daerah Tutong, memberi kefahaman mengenai ajaran Islam dengan lebih sempurna, agar dapat diaplikasi dan dihayati mengikut ajaran Islam.

    Tenaga pengkursus sepanjang kursus dijalankan ialah Haji Muskrisman Safari bin Haji Mustapa dan Haji Imaharan bin Haji Metali dari Bahagian Penyebaran Dakwah (Kursus).

    Awang Abdul Aziz ketika menyampaikan sijil tamat kursus kepada salah seorang peserta.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda