Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peserta National Hackathon terima sijil

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – National Hackathon oleh Startup673 yang disertai oleh 72 peserta berbakat dari pelbagai latar belakang, telah melabuhkan tirainya kelmarin dengan majlis penutup dan penyampaian sijil yang berlangsung di Dewan Musyawarah, Pusat Persidangan Antarabangsa, (ICC).

    Majlis penutup turut menyaksikan penyampaian Seed Funding kepada para pemenang iaitu RVEST, Gatekeepers, Wonderful dan Upside.

    Selain menerima Seed Funding, penerima anugerah juga akan menerima perundingan undang-undang yang disediakan oleh Yusof Halim & Partners, ruang Pra-inkubasi di program inkubasi iCentre, dan perundingan teknologi dengan Pihak Berkuasa Industri Teknologi Info-Komunikasi Brunei Darussalam (AITI). Manakala itu, dua kumpulan iaitu Vertex Edge Solution dan TUKAR telah menerima Honorable Mention produk luar biasa dan mendapat pujian tinggi daripada barisan hakim.

    Edisi sulung yang berlangsung selama dua minggu itu menumpukan kepada inovasi dan kerja berpasukan, dengan misi untuk merangka penyelesaian inovatif bagi cabaran industri.

    Startup673 merupakan satu kerjasama yang dipimpin oleh Shell LiveWIRE Brunei, Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB) melalui Darussalam Enterprise (DARe), AITI dan Brunei Innovation Lab (BIL).

    Hadir pada majlis tersebut selaku wakil dari agensi-agensi berkenaan ialah Darat West Development Lead di Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP) dan Pengerusi Shell LiveWIRE Brunei, Awang Mohd Erwan bin Mohd Said; Ketua Nilai Dalam Negara di BSP dan Pengerusi BIL, Haji Amirul Shahnoel bin Mohd Noeh; Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif DARe dan LKEB, Daniel Leong; dan Ketua Eksekutif AITI, Haji Jailani bin Haji Buntar.

    Sepanjang acara itu, setiap pasukan menghasilkan penyelesaian dan produk bagi cabaran-cabaran industri. Hackathon itu turut menyediakan persekitaran yang memupuk kreativiti untuk menggalakkan prototaip dan strategi.

    National Hackathon Startup673 terus komited untuk memupuk inovasi dan kerjasama dengan beberapa rancangan untuk fasa kedua, dan pengumuman kitaran kedua National Hackathon.

    Para peserta program bergambar ramai semasa menerima sijil pada majlis itu. – GAMBAR SERAHAN BIL
    GAMBAR SERAHAN BIL
    GAMBAR SERAHAN BIL
    GAMBAR SERAHAN BIL

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda