Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peserta negara ASEAN terima Anugerah Kejuruteraan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 20 DIS – Persidangan ASEAN Federation of Engineering Organisation CAFEO 40 berjudul The Changing Roles of Engineers in Industry 4.0 Era, baru-baru ini, telah berlangsung di Hotel Sokha, Phnom Penh, Kemboja.

    Persidangan bermula dari 4 hingga 8 Disember itu dihadiri oleh semua institusi kejuruteraan dari 10 buah negara anggota di mana majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Menteri Buruh dan Latihan Vokasional dan Pengerusi Majlis Lembaga Jurutera Kemboja (BEC), Tuan Yang Terutama Dr ITH Samheng.

    Sehubungan itu, Presiden Pertubuhan Ukur, Jurutera dan Arkitek (PUJA) Negara Brunei Darussalam, Sr Haji Mohammad Hanafi bin Pehin Orang Kaya Digadong Seri Diraja Dato Laila Utama Haji Abdul Rahman telah mengetuai delegasi Nega-ra Brunei Darussalam yang terdiri daripada Naib Presiden Bahagian Kejuruteraan, Ir Chin Lee Tuck bersama 10 orang ahli bahagian kejuruteraan.

    Majlis diakhiri dengan jamuan makan malam perpisahan dan penyampaian Anugerah Kejuruteraan kepada setiap negara ASEAN.

    Tiga anggota kanan Bahagian Kejuruteraan PUJA telah dianugerahkan Honorary Fellow oleh Persekutuan Pertubuhan Kejuruteraan ASEAN yang terdiri daripada Ir Adwan bin Haji Tungkat, Ir Dr Tang Shi Siong dan Ir Haji Amir Hamzah bin Haji Abdul Karim.

    Turut hadir bersama para tetamu pada majlis berkenaan ialah Duta Besar Negara Brunei Darussalam ke Kemboja. Manakala Persidangan CAFEO 2023 nanti akan diadakan di Bali, Indonesia.

    Sr Haji Mohammad Hanafi dan Ir Chin Lee Tuck serta ahli bahagian kejuruteraan bergambar ramai pada persidangan berkenaan. – Gambar serahan PUJA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda