Wednesday, October 23, 2024
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peserta negara raih tempat ketiga cabaran Coastal Ninja Warrior

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Cabaran Coastal Ninja Warrior 2024 yang diadakan pada 27 hingga 28 April lalu di Labuan, Malaysia, menyaksikan Mohd Hasnal Husna bin Ahmad dari Brunei berjaya yang mengharumkan nama negara dengan meraih tempat ketiga pada acara tersebut.

    Mengenang kembali prestasinya, Mohd Hasnal meluahkan rasa lega dan syukur yang mendalam.

    “Alhamdulillah, saya berasa lega sebaik sahaja mencapai garisan penamat,” katanya.

    Perlumbaan itu menyaksikan cabaran besar, terutamanya dengan halangan papan pasak.

    “Rakan sepasukan dan saya menghadapi kesukaran dengan halangan ini kerana kami tidak mempunyai akses untuk berlatih. Walaupun kami sudah mempersiapkan diri, menyertai pertandingan ini adalah mencabar,” ujarnya.

    Mewakili negara dan Brunei Association of Running and Adventure (BARA) merupakan satu kebanggaan besar bagi Mohd Hasnal.

    “Ini adalah penghormatan terbesar bagi saya dan perasaan yang sukar digambarkan. Saya membawa kebanggaan negara di bahu saya dan berusaha untuk membuat semua orang bangga,” katanya.

    Para peserta dari Negara Brunei Darussalam yang mengambil bahagian dalam cabaran tersebut bergambar ramai. – GAMBAR SERAHAN BARA

    Mengimpikan kejayaan masa depan, Mohd Hasnal berazam untuk menjadi juara dalam tempoh lima tahun akan datang, bersama pasukannya.

    “Saya komited untuk peningkatan berterusan dan kekal fokus pada acara-acara yang akan datang. Pertandingan terbaharu saya telah menunjukkan peningkatan dalam beberapa bidang,” jelasnya.

    Turut serta dalam cabaran tersebut ialah Low Leng May dan Gabrielle Chin, dua peserta wanita negara yang muncul sebagai peserta cemerlang. Walaupun menjadi peserta tunggal wanita dalam acara yang kebanyakannya disertai oleh lelaki, ianya tidak mematahkan semangat malah mereka turut mampu mempamerkan kebolehan luar biasa.

    Leng May berkongsi pengalamannya, “Halangan-halangan sangat mencabar, mendorong kami ke tahap baharu. Bertanding di luar negara membolehkan kami mempelajari teknik baharu dan meningkatkan strategi perlumbaan kami.”

    Walaupun suasana menakutkan, kedua-dua wanita itu beraksi cemerlang, mengatasi beberapa pesaing lelaki yang kuat.

    “Ini adalah kali pertama saya bertan-ding dalam kategori terbuka,” kongsi Gabrielle.

    “Menjadi sebahagian daripada pertan-dingan ini mengingatkan saya tentang pentingnya memulakan sesuatu dan telah mendorong saya untuk bekerja lebih keras,” jelasnya.

    Penyertaan mereka menyerlahkan minat yang semakin meningkat dalam perlumbaan halangan dalam kalangan wanita di Negara Brunei Darussalam. Kejayaan mereka turut menjadi inspirasi kepada atlet wanita yang bercita-cita tinggi di negara ini.

    Presiden BARA, Yasmin Patera, me-ngulas mengenai keputusan untuk menghantar atlet kebangsaan ke Cabaran Coastal Ninja Warrior, “Keputusan untuk menghantar atlet kebangsaan kami ke pertandingan ini didorong oleh komitmen untuk mempamerkan bakat mereka di platform antarabangsa. Bertanding di peringkat antarabangsa adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mereka.”

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda