Friday, July 18, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Peserta terjun tapak Australia maut di Itali

    ROM, 17 JULAI – Seorang peserta terjun tapak warga Australia berusia 42 tahun maut kelmarin dalam satu insiden yang dipercayai akibat kemalangan di pergunungan Dolomites, Itali, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Agensi berita ANSA melaporkan bahawa mangsa terhempas selepas melakukan terjunan dari puncak berbatu terkenal Sass Pordoi berhampiran sempadan Tyrol Selatan.

    Siasatan awal mendapati payung terjunnya dipercayai gagal terbuka tepat pada masanya akibat masalah teknikal, menurut laporan itu.

    Menurut ANSA, mangsa ditemukan kira-kira 400 meter dari lokasi pendaratan yang dirancang. Rakan-rakan senegaranya yang turut serta dalam aktiviti itu segera menghubungi pihak penyelamat. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda