Oleh Salawati Haji Yahya
BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JULAI – Seperti lazimnya, menjadi peserta terakhir dalam setiap undian tiada istilah untuk membuat pilihan kecuali apa yang ada itulah menjadi milik peserta terakhir tapi ada masanya pilihan yang diberikan itu membawa tuah yang tidak disangka-sangka.
Inilah yang berlaku kepada Dato Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid apabila kotak yang tinggal sebenarnya membawa tuah kepada beliau di mana hadiah utama bernilai $20,000 terselindung dalam kotak hitam dalam cabutan hadiah wang tunai Promosi Lakastah Manang Bersama anjuran Takaful Brunei.

Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Isnin.

