BANDAR SERI BEGAWAN, 8 April – Peserta Weekend Startup edisi pertama tahun ini telah membentangkan idea-idea mereka sebelum majlis penganugerahan sebagai penutup acara tiga hari yang berlangsung di Kolej Perdagangan Laksamana (LCB), Batu Satu, di sini, petang hari ini.
Lapan pasukan telah membentangkan idea-idea mereka di hadapan barisan hakim yang terdiri daripada ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Dayang Hafimi binti Abdul Haadi; Naib Presiden YEAB, Dayang Fatin Arifin; wakil Progresif, Radi El Fassed; wakil Startup Brunei, Raiyo Nariman; dan wakil Avantist, Keeran Janin.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)