Oleh Balkish Awang – BELAGA – Tersorok jauh di pedalaman membuatkan Air Terjun O’ong Pejik di Lusong Laku, kekal terpelihara daripada pembangunan komersial, sekalipun keindahan kawasan riadah air ini disetarafkan Niagara Falls Malaysia. Berketinggian enam meter, air terjun di Sungai Linau itu membentuk percikan halus bak kabus di permukaan sungai, menghasilkan panorama indah persis Niagara