BANGKOK – Walaupun Bangkok mempunyai pelbagai tarikan, namun terdapat beberapa tempat destinasi impian berdekatan yang menawarkan percutian sempurna bagi mereka yang ingin lari daripada kesibukan.
Beberapa buah destinasi telah dikenal pasti dalam jarak dua hingga tiga jam pemanduan dari ibu negara. Bandar pantai Pattaya telah muncul sebagai pilihan utama untuk percutian singkat, diikuti oleh Khao Yai, Chonburi, Rayong dan Kanchanaburi.
Naib Presiden Bersekutu, Asia Tenggara, Enric Casals berkata, “Walaupun September tidak mempunyai hujung minggu yang panjang, ia tidak bermakna rancangan perjalanan perlu dihentikan. Destinasi berdekatan memberikan percutian yang menyegarkan dari kesibukan bandar, untuk pelawat antarabangsa dan pelancong tempatan tanpa memerlukan cuti lanjutan.”
1. Pattaya
Dikenali sebagai bandar pantai yang meriah, Pattaya menawarkan lebih daripada sekadar pesta pantai. Pengunjung boleh menikmati gabungan kehidupan malam, aktiviti mesra keluarga, kemewahan dan bersantai. Pulau Coral, yang dikenali sebagai Koh Larn, sebuah pulau berdekatan yang sesuai untuk berjemur, snorkeling dan bersantai seharian dan menjadi salah satu tempat yang perlu awda lawati. Bermula daripada pasar malam yang sibuk hinggalah ke pusat peranginan pantai yang menenangkan, Pattaya memenuhi pelbagai minat, menjadikannya destinasi ideal untuk semua jenis pengembara.
2. Khao Yai
Selalunya disebut sebagai destinasi alam semula jadi, di mana Khao Yai sesuai untuk para pencari pengembaraan dan peminat alam semula jadi. Kawasan tersebut menawarkan landskap yang subur, denai kembara dan pemandangan semula jadi yang menyegarkan.
Di sini awda boleh menikmati kopi di tempat perindustrian moden yang dihiasi oleh hutan di sekelilingnya atau melihat Air Terjun Haew Narok, lata tiga peringkat yang menakjubkan di Taman Negara Khao Yai yang menjunam lebih 150 meter. Sama ada meneroka taman negara atau menikmati percutian yang aman, Khao Yai menyediakan pengalaman menenangkan jauh dari bandar.
3. Chonburi
Daya tarikan pantainya menawarkan pelbagai tarikan yang indah. Sesuai untuk penginapan singkat, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti seperti melawat Pantai Bang Saen, di mana pantai tenang dan budaya tempatan yang meriah menawarkan gabungan percutian dan keseronokan yang sempurna.
Pengunjung juga boleh menikmati perjalanan menyelam atau snorkeling ke pulau Samae San, yang terletak di luar pantai Sattahip.
Di samping itu, pengunjung juga boleh menerokai Ang Sila, sebuah komuniti lama terkenal dengan pertukangannya dalam membuat produk marmar dan ia juga terkenal dengan makanan lautnya yang segar, di mana banyak restorannya memenuhi pantai. Gabungan tarikan di Chonburi menjadikannya destinasi versatil untuk melarikan diri kesibukan.
4. Rayong
Rayong merupakan permata pantai tersembunyi yang terkenal dengan aktiviti air. Daripada meluncur di Laem Yah atau Pantai Chao Lao, kedua-dua destinasi luncur air popular yang terkenal dengan ombak yang sangat baik dan pemandangan indah, kepada berkayak dan papan kayuh. Rayong menawarkan banyak peluang untuk pengembaraan di atas air.
Kedamaian pantai dan persekitarannya menjadikannya sesuai untuk mereka yang ingin bercuti dan menikmati alam semula jadi.
5. Kanchanaburi
Ia merupakan tempat yang sesuai bagi penggemar sejarah dan alam semula jadi, di mana Kanchanaburi menawarkan gabungan tapak bersejarah dan keindahan semula jadi.
Selain itu, Skywalk Songkwae, laluan pejalan kaki bertingkat, menawarkan pemandangan panoramik pertemuan sungai Mae Klong, Khwae Noi dan Khwae Yai. Kanchanaburi yang kaya dengan sejarah dan landskap indah menjadikannya destinasi menarik untuk percutian.
Terokai permata tersembunyi dan percutian popular ini untuk percutian yang menyegarkan dari bandar. – ANN/The Nation